BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 17, 2009

IBADAH Solat

Ta
juk :
Gangguan Solat
Hadith :

Diceritakan oleh Ibnu Umar r.a bahawa nabi s.a.w pernah bersabda ketika perang di Khaibar:”Sesiapa yang memakan buah ini, iaitu bawang, maka janganlah dia mendekati masjid kita ini.”


(al-Bukhari)

Huraian

Bawang adalah sejenis tumbuhan makanan yang jika dimakan secara mentah akan menjadikan mulut si pemakan itu berbau busuk. Hal ini sudah tentu akan mengganggu orang lain yang duduk atau solat berdekatan dengan si pemakan. Oleh itu Rasulullah s.a.w tidak menggalakkan umatnya berbuat demikian lebih-lebih lagi apabila hendak bersolat secara berjamaah. Demikianlah Islam begitu menjaga segenap aspek kesopanan dalam beribadat yang bukan sahaja tertumpu kepada hubungan dengan Allah malah sesama manusia juga supaya masing-masing dapat menghayati solat yang dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Diam Tanda Setuju
Hadith :

Dari Ab Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda:”Seorang wanita janda, tidak boleh dikahwinkan tanpa bermesyuarat terlebih dahulu dengannya. Seorang gadis perawan tidak boleh dikahwinkan sebelum meminta izin kepadanya.” Para sahabat bertanya:”Bagaimana bentuk keizinan gadis itu?” Rasulullah menjawab:”Jika dia diam sahaja.”


(Bukhari)
Huraian

Tabi’inya seorang perempuan sangat memerlukan seorang lelaki yang boleh melindunginya dan menjaga kemaslahatannya. Oleh itu seorang gadis adalah orang yang lebih berhak dalam persoalan perkahwinannya dan seorang ayah atau wali kepada gadis tersebut tidak boleh meremehkan pendapatnya serta mengabaikan persetujuannya kerana bagaimana mungkin seorang lelaki itu disifatkan dapat melindungi isterinya jika dirinya sendiri tidak disukai oleh isterinya. Begitu juga seorang ayah tidak boleh memperlambat-lambatkan perkahwinan anak gadisnya jika sudah ternyata ia telah dipinang oleh seorang lelaki yang baik, beriman dan berakhlak mulia. Maka, setelah membuat perbincangan, wali si gadis hendaklah menentukan sama ada mahu menerima sesuatu pinangan atau tidak dan sekiranya gadis tersebut tidak tahu membuat keputusan, eloklah menyerahkan perkara itu kepada walinya kerana pilihan walinya tentu tepat kerana seseorang bapa tidak akan sanggup menzalimi anaknya sendiri di mana wali yang baik akan memilih lelaki yang baik juga untuk anaknya.

AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Riya' Perbuatan Syirik
Hadith :
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."
Abu Hurairah r.a

Huraian
Rasullah s.a.w bersabda: " Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah?'' Baginda s.a.w menjawab: " (Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah…."


IBADAH Solat
Tajuk :
Keutamaan Saf yang Pertama
Hadith :

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikatnya pula mendoakan bagi orang-orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang serta orang-orang yang merapatkannya; dan orang yang masuk menutup celah saf sembahyang itu (akan beroleh satu tambahan lagi, iaitu) diangkatkan Allah martabatnya dengan perbutannya yang tersebut: satu darjat."
Aisyah r.a

Huraian
Pengajaran Hadith:
i) Solat berjamaah adalah lebih besar ganjarannya daripada bersolat seorang diri dengan 27 kali ganda pahalanya.
Ii) Setiap saf mestilah disusun dengan sempurna iaitu rapat dan penuh serta tidak terputus-putus.
iii) Orang-orang yang mengambil berat tentang barisan (saf) sembahyang jemaah yang disertainya dijanjikan balasan rahmat dari Allah S.W.T serta malaikat mendoakan kebaikan untuk dirinya malah orang yang masuk menutup celah-celah saf sembahyang akan diangkat lagi martabatnya dengan satu darjat.

Saturday, September 5, 2009

Epal Hijau KURANGKAN migrain???

Nak tau takkk.............
Epal hijau ni byk khasiatnyee..org selalu anggap kalo makan epal hijau nie leh wat kiter jd lupe?..mane deee...cube baca niee..

Mengamalkan epal hijau tak akan mengundang tradegi buruk bahkan ia amat baek tok kesihatan kita ya!..Sekiranya kamu mula merasai tanda2 mendapat migrain seperti sakit kepala yg berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dgn mengunyah epal hijau..


Epal gak mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan 'mood' ceria bahkan meredakan tegangan yg di alami...so makan la byk2 buah epal!..

Friday, September 4, 2009

Hanya ALLAH satu-satunya yg tidak dapat ditukarganti....

Sy ada satu story nak di kongsi bersama2 dgn sahabat2..dan same2 la kiter hayati n jd kan kisah ini sebagai teladan..

......Diluar waktu sembahyang kelihatan ade org masuk dlm masjid. Lalu ia melihat anak berumur 10 tahun sedang mengerjakan solat dgn penuh khusyu'. Ia menghampiri ank itu bertanye: " Nak, siapakah anda?" Ia mengeleng2 kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata "sy anak yatim piatu, tuan." hati lelaki itu tersentuh mendegarnta dan berkata " Apakah anda mahu menjadi anakku?? lalu budak itu berkata: "apakah jika aku lapar anda mahu memberiku makanan?"

Lelaki itu berkat Ya..anak kecil itu bertanya lagi " Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian, anda akan memberiku pakaian?" orang itu mengagguk dengan mengatakan "ya"..Anak itu bertanya lagi " Adakah anda akan menyembuhkanku jika aku sakit??" Org itu menjawab" Itu aku tidak sanggup nak.." anak itu bertanya lagi..." Apakah anda akan menhidupkanku bila aku mati??"..org itu menggeleng kepala, " ini aku tidak sanggup"..

Budak kecik itu berkata: " Kalau begitu, biarkan aku, pakcik, bergantung kepada Zat yg menciptakanku. Dialah yg memberi petunjuk, makan dan minum. Jika aku sakit Dialah yg menyembuhkan aku."

Lelaki tersebut terdiam dan dari bibirnya terdengar suara lirih, " Aku beriman kepada Allah. Sesiapa yg tawakal kepada- Nya, maka Dia akan memberi kecukupan buatnya".

Jika serigala menyalak, aku mampu bertahan..dan jika manusia meraung, aku terasa hendak melayang...

Thursday, September 3, 2009

Assalamualaikum..

sempena bulan yg mulia ni..sy nk share pasal sedekah..ape tu sedekah ek?? sumer tahu yg sedekah tu kiter kluar duit n bg dkat org yg susah..kan??..yezzaa..tu mmg btol..sedekah tu kiter bg la ape2 pon tak kesah la duit ke..makanan ke..pakaian ke..n kiter beri kepada org yg btol22 memerlukannye..tp yg plg penting niat kiter kna la ikhlas..nge222..

Menderma dan mmberi bantuan adalah satu amalan mulia yg mendtgkan ketenangan jiwa..seseungguhnya membantu n berbuat baek kpd org len akan diberi ganjaran & dianugerahi kekucupan oleh ALLAH, HATI jd tenang, hidupnyee CERIA..

Abdullah bin Al- Mubarak pernah dikemukakan pertanyaan : "wahai Abu Abdurrahman, darah luka di lutut ku tidak pernah berhenti, bahkan sejak 7 tahun yg alu ia mengeluarkan nanah. Aku sudah bertanya kpd sejumlah doktor, dan sudah aku ubati dgn bermacam2 ubat tapi tak baik juga"..

Lalu Ibnu al- Mubarak menjawab: " Pergilah dan lihatlah di tempat yg mana org2 memerlukan air. Galilah di tempat itu perigi, Aku berharap mudah- mudahan di sana akn muncul air mata yg menghentikan darah" n then lelaki tersebut mengikut nasihat dan penyakit nya itu pun sembuh.

ape yg boleh kiter amik iktibar ialah kiter kna lah tolong org yg berada dlm kesusahan seperti sakit..kelparan..walaupun kiter hanye bg nasihat @ bg solution tu pon sudah dikira sedekah..

Rasullah s.a.w pernah bersabda, "ubatilah org2 yg sakit itu dgn menderma, sesungguhnya derma dpt memdamkan kemarahan ALLAH dan menolak kematian yg buruk".....

Thursday, June 18, 2009


Best Friends
The title we chose
But what does it mean to be “best friends”?
You should see each other every day?
Well that’s not true for you and me
Should silly little fights get in our way?
Only if that’s how it’s meant to be
Should we give?
Should we borrow?
Should we dance like there’s not tomorrow?
Secrets are traded
Privacy invaded
Hugs and smiles are shared
Tears are shed
Love is spread
We know that we both really cared
I smile, you smile
You cry, I cry
I wish, you wish
You die, you die first la..then i'll follow u=p
If you fall
I’ll help you up
And if you call
I’ll always pick up
Best Friends Forever
The promise we made
And I know in my heart
That it will never fade

Tuesday, June 16, 2009

Laki idaman.....

  • Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
  • Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  • Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  • Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  • Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  • Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  • Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
  • Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  • Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  • Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
  • Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
  • Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  • Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
  • Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  • Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  • Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Laki pakai inai????


1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

BataL solat??why???

Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.

2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.

4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).

5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.

7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.


petua.....

  1. Untuk menegangkan kulit muka, hanya menggunakan putih telur yang disapu di muka. Cara ini umpama masker.
  2. Mencapai berat badan yang ideal, ambil air daripada campuran dua biji lobak merah dan sebiji timun. Letak bersama perahan sebiji limau nipis. Minum 2 kali sehari.
  3. Untuk menghaluskan kulit, amalkan meminum air perahan epal, tomato dan oren setiap hari.
  4. Serbuk beras pulut atau beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut, selain memutihkan kulit wajah da badan.
  5. Selain itu, lender daun bunga raya dan lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.
  6. Mandi bunga, amalan yang sering digunakan oleh wanita. Ia boleh menyegarkan dan merehatkan badan. Hanya gunakan tujuh jenis bunga melati, melur, tanjung, cempaka dan lain-lain. Letakkan hirisan limau purut dan limau nipis untuk menambahkan keharuman.

nak cantik tak???

1)kalo nk cantik, cucilah minimum 5 kali sehari iaitu dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan,biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

2)Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab muka jadi kerut2, perbanyaklah 'olah raga'.Jika tidak ade waktu tok ke gym, cukuplah dengan memperbanyakkan solat. Dengan solat bereti kita menggerakan seluruh tubuh.


3) Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong atau menyakiti hati orang lain dan tidak takbur.

Monday, June 15, 2009

istimewa ke wanita ni??

kalo nak tau..mmg wanita nie istimewa..

1)Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerna lebih penyayang dari lelaki.Sabda Rasulullah:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa org yg penyayang
tidak akan sia-sia".

2)Syuarga itu dibawah telapak kaki ibu.

3)Apabila seorang wanita hamil, aka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akn mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

4)Wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

5)Apabila dua ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

6)Apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pinu mana saja yang dia kehendaki.

7)Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah', maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.