BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 18, 2009


Best Friends
The title we chose
But what does it mean to be “best friends”?
You should see each other every day?
Well that’s not true for you and me
Should silly little fights get in our way?
Only if that’s how it’s meant to be
Should we give?
Should we borrow?
Should we dance like there’s not tomorrow?
Secrets are traded
Privacy invaded
Hugs and smiles are shared
Tears are shed
Love is spread
We know that we both really cared
I smile, you smile
You cry, I cry
I wish, you wish
You die, you die first la..then i'll follow u=p
If you fall
I’ll help you up
And if you call
I’ll always pick up
Best Friends Forever
The promise we made
And I know in my heart
That it will never fade

Tuesday, June 16, 2009

Laki idaman.....

  • Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
  • Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  • Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  • Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  • Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  • Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  • Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
  • Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  • Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  • Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
  • Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
  • Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  • Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
  • Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  • Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  • Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Laki pakai inai????


1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.


Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis)

BataL solat??why???

Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas.

2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.

4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).

5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.

7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.


petua.....

  1. Untuk menegangkan kulit muka, hanya menggunakan putih telur yang disapu di muka. Cara ini umpama masker.
  2. Mencapai berat badan yang ideal, ambil air daripada campuran dua biji lobak merah dan sebiji timun. Letak bersama perahan sebiji limau nipis. Minum 2 kali sehari.
  3. Untuk menghaluskan kulit, amalkan meminum air perahan epal, tomato dan oren setiap hari.
  4. Serbuk beras pulut atau beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut, selain memutihkan kulit wajah da badan.
  5. Selain itu, lender daun bunga raya dan lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.
  6. Mandi bunga, amalan yang sering digunakan oleh wanita. Ia boleh menyegarkan dan merehatkan badan. Hanya gunakan tujuh jenis bunga melati, melur, tanjung, cempaka dan lain-lain. Letakkan hirisan limau purut dan limau nipis untuk menambahkan keharuman.

nak cantik tak???

1)kalo nk cantik, cucilah minimum 5 kali sehari iaitu dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan,biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa.

2)Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab muka jadi kerut2, perbanyaklah 'olah raga'.Jika tidak ade waktu tok ke gym, cukuplah dengan memperbanyakkan solat. Dengan solat bereti kita menggerakan seluruh tubuh.


3) Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong atau menyakiti hati orang lain dan tidak takbur.

Monday, June 15, 2009

istimewa ke wanita ni??

kalo nak tau..mmg wanita nie istimewa..

1)Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerna lebih penyayang dari lelaki.Sabda Rasulullah:
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa org yg penyayang
tidak akan sia-sia".

2)Syuarga itu dibawah telapak kaki ibu.

3)Apabila seorang wanita hamil, aka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akn mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

4)Wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

5)Apabila dua ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu

6)Apabila seorang wanita mengerjakan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pinu mana saja yang dia kehendaki.

7)Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'Bismillah', maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.